Reachin merupakan sebuah kaedah online yang dicipta sebagai jambatan yang menghubungkan masyarakat dengan pengamal-pengamal kesihatan mental. Projek Reachin dibangunkan oleh SOLS Health dan MY Psychology dan dibiayai CIMB Islamic Bank Berhad. 

 

Kaedah online ini menawarkan saringan kesihatan mental secara percuma kepada individu-individu yang mempunyai keraguan dengan apa yang sedang mereka alami atau lalui, selain menghubungkan mereka dengan pengamal-pengamal kesihatan mental dari seluruh Malaysia.